hehehe.. dua hari lepas aku tulis entry berkaitan industri perfileman negara.. kadang-kadang bila kita tengok sesebuah filem atau drama tu, kita akan terfikir "macam mana la diorang boleh dapat idea nak buat cerita macam ni kan?".. tambah-tambah pulak filem macam inception, the matrix, dan lain-lain.. otak diorang memang dahsyat sebab boleh berimaginasi sampai tahap tu.. pada masa yang sama, aku juga pernah berimaginasi untuk memiliki tahap imaginasi seperti mereka.. kah kah kah.. jadi hari ni aku nak share dengan anda semua idea-idea bangang yang pernah muncul dalam kepala otak aku..
(lelaki) pernahkah anda terfikir untuk memiliki superpower yang boleh
mengeluarkan wanita cun dari kaca televisyen anda? kah kah kah
mengeluarkan wanita cun dari kaca televisyen anda? kah kah kah
pernahkah anda terfikir? kalau seseorang pelajar itu masuk ke kelas lewat dan dimarahi pengajar, adakah kurang ajar sekiranya si pelajar memberikan alasan "saya tertidur, tuhan pun maafkan umatnya yang tertidur"
pernahkah anda terfikir? sekiranya seorang doktor gigi menghadapi masalah gigi, adakah doktor gigi itu akan melakukannya sendiri atau dia akan berjumpak dengan doktor gigi yang lain??
pernahkah anda perasan dan pernah terfikir bahawa kadang-kadang ketika anda berjalan, adakalanya anda seperti tidak tahu untuk meletakkan tangan anda dalam posisi mana.. hehehe.. kan?
pernahkah anda terfikir? kalau seseorang yang mati itu diberi peluang untuk hidup kembali selama sehari tetapi selepas setahun kematian, adakah anda akan melupakan orang yang mati itu selama setahun? kah kah kah.. konfem tak kan? nanti waktu dia hidup balik mesti dia ungkit "aku benci kau!! kau lupa aku!!" kah kah kah..
pernahkah anda terfikir? sepanjang anda hidup sebagai rakyat malaysia ini, di majlis kenduri biasanya kita dihidangkan dengan minuman 'sirap'.. adakah anda tahu asal usul sirap dan darimana datangnya rasa 'sirap' itu?
pernahkah anda terfikir? adakah kurang ajar atau kurang sopan sekiranya individu pekak dan bisu, memberikan bahasa isyarat ketika makanan penuh dalam mulut?
pernahkah anda terfikir? individu paling muda adalah individu yang lahir pada 29 februari.. kenapa? sebab dia menyambut hari kelahirannya lima tahun sekali.. umurnya juga perlu dibahagikan dengan lima.. kah kah kah..
pernahkah anda terfikir dan tergerak hati untuk mencari maksud perkataan "kamus" dalam kamus? ataupun perkataan "dictionary" dalam kamus english.. mesti tak pernah kan?
pernahkah anda terfikir? kalau hantu, syaitan, dan jin mampu menembusi rintangan ataupun dinding, kenapa ianya tak jatuh ke dalam tanah? bagaimana mereka mengawal diri untuk berada di atas tanah? adakah mereka terapung ataupun memang mereka memang tak boleh menembusi tanah?
pernahkah anda terfikir? sekiranya kembar siam ingin masuk ke panggung wayang, adakah mereka perlu bayar tiket untuk dua orang ataupun tiket untuk seorang?
dan yang terakhir sekali, pernahkah anda terfikir apa akan berlaku sekiranya semua mat rempit di malaysia ini adalah gay? pasti pasangan kekasih akan takut untuk jalan bersama diwaktu malam kerana mat rempit akan merompak si perempuan dan merogol si lelaki dihadapan si perempuan.. kah kah kah!!
p/s : pernahkah anda terfikir untuk bertaubat tapi anda tak take an action untuk bertaubat? mesti banyak kali dah kan? kah kah kah.. taubat la oi!
('o^,)
ReplyDeleteohoiii..
ReplyDeleteapa ohoi22222
ReplyDelete