inilah diriku

inilah diriku

Monday, 25 July 2011

hempom bARU....

today.........im very hepi cz my boy give me sometink yg aku x duga...
xsgka dia bg sgup wt suprise mcm2..
actually..aku x suspek pom dia akn wt suprise gitu pom......
thx abg.......
tharu sgt2.....
xtw nk kt ape da...........



Tuesday, 12 July 2011

cer baca........

hehehe.. dua hari lepas aku tulis entry berkaitan industri perfileman negara.. kadang-kadang bila kita tengok sesebuah filem atau drama tu, kita akan terfikir "macam mana la diorang boleh dapat idea nak buat cerita macam ni kan?".. tambah-tambah pulak filem macam inception, the matrix, dan lain-lain.. otak diorang memang dahsyat sebab boleh berimaginasi sampai tahap tu.. pada masa yang sama, aku juga pernah berimaginasi untuk memiliki tahap imaginasi seperti mereka.. kah kah kah.. jadi hari ni aku nak share dengan anda semua idea-idea bangang yang pernah muncul dalam kepala otak aku..

(lelaki) pernahkah anda terfikir untuk memiliki superpower yang boleh
mengeluarkan wanita cun dari kaca televisyen anda? kah kah kah

pernahkah anda terfikir? kalau seseorang pelajar itu masuk ke kelas lewat dan dimarahi pengajar, adakah kurang ajar sekiranya si pelajar memberikan alasan "saya tertidur, tuhan pun maafkan umatnya yang tertidur"

pernahkah anda terfikir? sekiranya seorang doktor gigi menghadapi masalah gigi, adakah doktor gigi itu akan melakukannya sendiri atau dia akan berjumpak dengan doktor gigi yang lain??

pernahkah anda perasan dan pernah terfikir bahawa kadang-kadang ketika anda berjalan, adakalanya anda seperti tidak tahu untuk meletakkan tangan anda dalam posisi mana.. hehehe.. kan?

pernahkah anda terfikir? kalau seseorang yang mati itu diberi peluang untuk hidup kembali selama sehari tetapi selepas setahun kematian, adakah anda akan melupakan orang yang mati itu selama setahun? kah kah kah.. konfem tak kan? nanti waktu dia hidup balik mesti dia ungkit "aku benci kau!! kau lupa aku!!" kah kah kah..

pernahkah anda terfikir? sepanjang anda hidup sebagai rakyat malaysia ini, di majlis kenduri biasanya kita dihidangkan dengan minuman 'sirap'.. adakah anda tahu asal usul sirap dan darimana datangnya rasa 'sirap' itu?

pernahkah anda terfikir? adakah kurang ajar atau kurang sopan sekiranya individu pekak dan bisu, memberikan bahasa isyarat ketika makanan penuh dalam mulut?

pernahkah anda terfikir? individu paling muda adalah individu yang lahir pada 29 februari.. kenapa? sebab dia menyambut hari kelahirannya lima tahun sekali.. umurnya juga perlu dibahagikan dengan lima.. kah kah kah..

pernahkah anda terfikir dan tergerak hati untuk mencari maksud perkataan "kamus" dalam kamus? ataupun perkataan "dictionary" dalam kamus english.. mesti tak pernah kan?

pernahkah anda terfikir? kalau hantu, syaitan, dan jin mampu menembusi rintangan ataupun dinding, kenapa ianya tak jatuh ke dalam tanah? bagaimana mereka mengawal diri untuk berada di atas tanah? adakah mereka terapung ataupun memang mereka memang tak boleh menembusi tanah?

pernahkah anda terfikir? sekiranya kembar siam ingin masuk ke panggung wayang, adakah mereka perlu bayar tiket untuk dua orang ataupun tiket untuk seorang?

dan yang terakhir sekali, pernahkah anda terfikir apa akan berlaku sekiranya semua mat rempit di malaysia ini adalah gay? pasti pasangan kekasih akan takut untuk jalan bersama diwaktu malam kerana mat rempit akan merompak si perempuan dan merogol si lelaki dihadapan si perempuan.. kah kah kah!!


p/s : pernahkah anda terfikir untuk bertaubat tapi anda tak take an action untuk bertaubat? mesti banyak kali dah kan? kah kah kah..  taubat la oi!

Monday, 11 July 2011

RELAKN PERPISAHAN ITU

Pernahkah kita terasa tiba-tiba sahaja seolah-olah tidak mengenali pasangan kita? Mengapa dia menjadi "manusia lain"? Seakan-akan kita belum pernah mengenalinya walaupun telah berumahtangga sekian lama. Jika kita pernah mengalami perasaan itu, jangan terkejut. Ia adalah perkara biasa. Bukan sesuatu yang luar biasa.
Itu semua gara-gara warna sebenar (true colours) pasangan kita mula terserlah. Satu demi satu wataknya yang tersirat mula tersurat. Mengikut kajian pakar perkahwinan, hanya setelah usia lima tahun perkahwinan, barulah masing-masing (suami dan isteri) mengeluarkan semua sikap dan perangai mereka yang tersembunyi.
Pernah kita baca di dada akhbar  bagaimana kelohan seorang isteri yang telah disimbah asid oleh suaminya. Katanya, "setelah tiga bulan berkahwin barulah saya sedar bahawa suami saya sebenarnya seorang yang panas baran." Ironinya, mungkin pasangan itu telah bercinta (berpacaran) tiga tahun sebelum mereka berkahwin. Bayangkan, tiga tahun bercinta tanpa mengenal diri kekasih yang sebenar. Benarlah cinta itu buta.
Cinta kerana nafsu memang buta. Kita dikelabui oleh daya tarikan fizikal sehingga tidak punya mata hati dan akal untuk mengenal siapa yang kita cintai dengan tepat dan betul. Selama tiga tahun bercinta mungkin yang kita 'gunakan' cuma nafsu dan emosi bukan fikiran dan hati. Hasil, setelah tabir perkahwinan mula diangkat, tabir percintaan pun berlabuh. Realiti tidak seindah ilusi. Kenyataan berbeza sungguh daripada impian.
Masa bercinta, warna sebenar – true colours pasangan kita tidak akan ketara. Dia boleh bermuka-muka dan rela mengikut selera, minat dan jalan hidup kita. Dan kita juga rela mengikut segala kehendaknya. Kita dan dia mabuk cinta! Namun semakin lama berumah-tangga, maka semakin ketara kelemahan dan kekurangan. Apakah dia umpama bulan yang dipuja dikejauhan oleh Sang sastrawan tetapi botak dan berlopak di mata seorang angkasawan?
Pada tahap ini, ramai yang mula menyesali diri. Mengapa dia yang ku pilih? Tanpa sedar bahawa pada masa yang sama, dia juga mungkin berbisik mengapa kita yang dipilihnya? Inilah bibit-bibit yang boleh meruntuhkan sebuah rumahtanga. Yang nekad, rela berpatah arang lalu menempuh jalan penceraian. Yang penakut, menunggu dengan resah memendam perasaan,tanpa ada lagi keceriaan.
Manusia adalah makhluk yang sentiasa berubah. Ia punya hati yang sangat konsisten untuk berbolak-balik. Bila hati berubah, fikiran dan tingkah laku juga akan berubah. Untuk kita mengenal manusia (termasuk pasangan kita) kita terpaksa mengenali perubahan itu. Ah, ini suatu yang sangat sukar. Masakan tidak, untuk mengenal hati sendiripun acapkali kita tidak mampu, inikan pula hati orang. Sukar diduga dan ditebak.
Akibatnya, ramai orang yang berkahwin dengan orang yang 'tidak dikenalinya'. Bukan rupa zahirnya tetapi wajah batinnya. Disangka permata, rupanya kaca. Cuaca rumah tangga mula berubah. Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Situasi inilah yang banyak berlaku dalam rumahtangga kini hingga menyebabkan (mengikut kajian) setiap lima belas minit berlaku satu penceraian!
Apakah cara mengenal manusia yang serba kompeks ini? Bagaimana menentukan dengan pasti bahawa pasangan yang bakal kita pilih itu baik orangnya? Ya, ada tiga cara:
1. Jadi orang baik.
Maksudnya, kita sendiri cuba sedaya upaya menjadi orang yang baik, Insya-Allah kita akan dikurniakan orang yang baik sebagai pasangan hidup kita. Ini janji Allah. Menjadi orang yang baik perlu diutamakan berbanding 'mencari' orang yang baik. Ia lebih mudah kerana menjadi orang baik bermula dengan diri sendiri.
Perlu diingat, janji mendapat pasangan yang baik bagi orang yang baik, bukan hanya berlaku pada awal perkahwinan. Mungkin pada awalnya pasangan orang yang baik itu belum begitu baik namun berkat didikannya, pergaulannya dan doanya maka pasangannya  itu berubah menjadi baik selepas mereka berkahwin.
Jadi, jangan putus asa sekiranya pada awal perkahwinan kita lihat pasangan kita belum benar-benar baik seperti yang kita harapkan. Sebaliknya, teruskan usaha untuk menjadi orang yang baik sambil mendidik dan mendoakan pasangan kita itu. Ingat, setelah berkahwin dengan kita, pasangan kita itu adalah cerminan akhlak dan keperibadian kita. Siapa mereka sebelum berkahwin dengan kita kurang penting berbanding siapa mereka setelah berkahwin dengan kita.
Justeru, tidak kira siapa dia sebelum berkahwin dengan kita, tetapi sebagai suami atau isteri kita komited untuk merubah diri kita sendiri terlebih dahulu seiring usaha merubah dirinya. Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, kita perlu suka dengan apa yang kita dapat. Caranya, ialah dengan merubah diri kita terlebih dahulu, dan insya-Allah perubahan itu akan merubah pasangan kita ke arah yang sama.
2. Ikut pilihan orang baik.
Ada orang yang menyerahkan hak membuat pilihan kepada orang-orang yang dianggapnya sangat baik dalam hidup ini. Mereka meminta ibu-bapa, ustaz-ustaz, ulama-ulama atau sesiapa sahaja yang dianggap baik untuk memilih jodoh buat mereka. Mereka pasrah dan menyerah sahaja. Tetapi dengan satu keyakinan: Orang yang baik pasti akan memilih orang yang baik sebagai pasangannya.
Ibu-bapa, para ulama dan orang yang baik-baik sekali-kali tidak akan menganiayai kita dengan memilih orang yang 'jahat' sebagai pasangan hidup kita. Kaedah ini telah dipraktikan oleh anak-anak muda zaman dahulu yakni ketika nilai-nilai agama belum dicabar oleh nilai Barat yang kononnya menyanjung hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.
Pada pilihan orang yang baik, ada keberkatannya. Walaupun tidak ada cinta sebelum berkahwin, tetapi cinta selepas berkahwin jauh lebih suci dan indah. Cuba kita renungkan, betapa seringkali rumah tangga ibu-bapa yang berkahwin mengikut pilihan orang tuanya lebih kekal dan harmoni berbanding rumah tangga anak-anaknya yang kononnya berkahwin atas dasar cinta.
Inilah kaedah yang dipraktikan oleh Zainab yang berkahwin dengan lelaki yang menjadi pilihan bapanya (Rasululllah saw). Zainab akur atas pilihan itu kerana yakin akan sifat kasih sayang, amanah dan kebijaksanaan ayahnya. Dia yakin hanya orang baik (Rasulullah saw) mampu mengenal orang baik dan memilih orang baik sebagai pasangan hidup anaknya.
Justeru, sekiranya kita terlalu sukar untuk mengenali seseorang secara tepat, maka serahkan sahaja tugas itu kepada orang yang lebih arif untuk mengenalnya. Jangan cuba membuat penilaian sendiri. Bermuzakarahlah dengan orang yang baik-baik dan dirikan solat istikharah – pinta petunjuk daripada Allah setelah pilihan itu diserahkan ke tangan kita. Tidak akan kecewa orang yang bermuzakarah dan beristikharah!
3. Cintai Allah yang Maha Baik.
Kita tekad sahaja untuk mencintai Allah. Jangan pandang cinta manusia lagi. Buru cinta yang utama dan pertama (cinta Allah), insya-Allah cinta kedua, ketiga akan memburu kita. Apabila kita mencintai Allah, Allah akan mencintai kita dan bila Allah telah mencintai kita, semua orang yang mencintai Allah akan turut mencintai kita. Rasulullah saw telah bersabda:

"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)
Untuk mencintai Allah, kita wajib mencintai Rasulullah saw. Antara langkah-langkah menyintai Rasulullah saw itu adalah dengan banyak berselawat kepadanya, menegakkan sunahnya, menziarahi makamnya dan lain-lain lagi. Ini adalah ubat yang mujarab bagi isteri yang dikecewakan suami atau suami yang dipinggirkan oleh isteri. Jangan menagih cinta makhluk sampai kita derita dan sakit hati dibuatnya. Merajuk pada yang kasih, merayu pada yang sudi.Siapa lagi yang terus kasih dan sudi mencintai kita ketika semuanya telah berpaling kecuali Allah?
Ya, burulah cinta itu. Cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku, justeru tapak cinta itu di hati, bukan lagi di 'body'. Biarlah cinta pasangan kita berubah (walaupun kita terus berdoa agar tidak begitu), tetapi kita tidak akan berubah daripada menyintai Allah.
Yakinlah jika pasangan kita juga menyintai Allah, pasti dia dan kita akan disatukan-Nya semula. Jika tidak, relakanlah perpisahan itu. Jangan bersedih, kerana sesuatu yang tidak memanfaatkan pasti tidak boleh memudaratkan!

KEKASIHKU BAKAL KONVO

 ASSALAMUALAIKUM.....
xsbrnya nk menanti saat berkonvo ni biar pom bkn aku yg nk konvo..
actually, aku sgt2 ska cz my boyfren yg nk konvo...hehehe...
Bangga gler walaupom bkn aku yg nk konvo..
tp aku trasa jgk tempias konvo2 ni..
cz dia kt aku adalah antara org yg sewajib2 nya meraikan kejayaan dia...
so...pe lg..aku pon smemangnya xpnh meraikan org2 yg rapat ngn aku berkonvo ni..
xsbrnya nk tgu 23 sept 2011...apew2 pom syg ucpkn selamat berkonvo...........
                                   NICE TO KNOW U DARLING......

UPACARA KONVOKESYEN KE-44
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
21 - 25 SEPTEMBER 2011

 Sidang Pertama, Rabu, 21 September 2011, 9.00 pagi
Ijazah Kehormat                      
Doktor Falsafah          
Doktor Falsafah (Falsafah Klinikal)          
Doktor Pendidikan                      
Doktor Pentadbiran Perniagaan                      
Sarjana Sains (Sains Gunaan)                      
Sarjana Sains (Tulen)          
Sarjana Sains (Kejuruteraan)                      
Sarjana Sastera                          
Sarjana Sains Kemasyarakatan                      
Sarjana Sains (Kesihatan, Perubatan &   Pergigian)
Doktor Pergigian                      
Doktor Perubatan                      
SM Seni Bina                      
                                   
Sidang Kedua, Rabu, 21 September 2011, 3.30 ptg. 
Sarjana Sains (Sains Gunaan)                      
Sarjana Farmasi (Farmasi Klinikal)                       
Sarjana Sains                      
Sarjana Sains (Kejuruteraan)                      
Sarjana Sastera                      
Sarjana Sains (Sains Maklumat Geografi)                      
Sarjana Kajian Antarabangsa dan Diplomasi (Kajian Eropah)                                    
Sarjana Kerja Sosial                      
Sarjana Pengurusan Ekonomi                                  
Sarjana Pentadbiran Awam                                   
Sarjana Pentadbiran Perniagaan                                                 
Sarjana Instruksi Multimedia                                      
Sarjana Komunikasi                                  
Sarjana Pendidikan                                  
Sarjana Sains (Kesihatan, Perubatan &  Pergigian)          
Sarjana Perubatan                                   
Sarjana Perubatan Masyarakat                                  
Sarjana Patologi                                   
Sarjana Surgeri                                  
Sarjana Kesihatan Awam                                  
                       
 Sidang Ketiga, Khamis, 22 September 2011, 9.00 pagi

SM Teknologi                      
SM Pengurusan                      
SM Pengurusan (UA)          
SM Pengurusan (JJ)          
SM Perakaunan                      

Sidang Keempat, Khamis, 22 September 2011, 3.00 petang

SM Sains Gunaan                      
SM Sains Kesihatan                      
SM Sains (Sains Forensik)                      
Diploma Kejururawatan                      

Sidang Kelima, Jumaat, 23 September 2011, 9.00 pagi
SM Seni Halus                      
SM Seni Muzik          
SM Sains Komputer                      
SM Sains Komputer (UA)          
SM Komunikasi          
SM Komunikasi (UA)               
SM Sains dengan Pendidikan          
SM Sains (PBP)          

Sidang Keenam, Jumaat, 23 September 2011, 3.30 petang
SM Farmasi                      
SM Farmasi (UA)          
SM Sains Kemasyarakatan                      
SM Sains Kemasyarakatan (JJ)                          
SM Sastera dengan Pendidikan                      

Sidang Ketujuh, Sabtu, 24 September 2011, 9.00 pagi
SM Kejuruteraan          

Sidang Kelapan, Sabtu, 24 September 2011, 3.00 petang
SM Sastera                      
SM Sastera (JJ)          

Sidang Kesembilan, Ahad, 25 September 2011, 9.00 pagi
SM Sastera (Seni)           
SM Sains                       
SM Sains (JJ)          
SM Pendidikan          

Thursday, 7 July 2011

bila keja xdak........

assalamualaikum........
ary nie pd tarikh 8 julai 2011
bsempena dgn ary2 last keje ni banyak plak demonstrasi d buat..
org lain klau bley nk blah dr K.L tu tp aku plak nk mnuju ke K.L..
nAK wt cmne kn...hidup merantau..mmg lumrah la..
time xde keje ni mcm2 plak aku dh wt kt ofis ni..
tmbh2 bila abg opie a.k.a senior scriptwriter aku kt WSi ni bg green lite 
utk ktorg blik awl...
almklumla..nk lpskn diri dari kesesakan lalu lintas nnt.... 
alasannya" nnt ada perhimpunan BERSIH.
SO...kt d benarkn blik awl...
dlm kesibukan wt kja ni..
ada la pkara pling hepy aku wt..
jom tgk....

A...B...C DAN AKU

Berikut adalah ABC yang telah saya sediakan sebagai contoh untuk anda lihat dan sesuaikan dengan nama anda:

A - Allah sentiasa memberikan yang terbaik buatku
B - Baik atau buruk sesuatu itu pasti ada hikmahnya
C - Carilah kebahagiaan hakiki sebelum mati menjemput diri
D - Dunia ini ujian sementara untuk semua
E - Elakkanlah diriku dari kekufuran dan kelalaian
F - Falah(kejayaan) pasti milikku
G - Gagal bukan penghujung buat diriku
H - Hatiku bersih dari dengki dan maksiat
I - Ikhlaslah aku dalam berbuat sesuatu
J - Jalan yang ku pilih ialah jalan yang benar
K - Kerana ALLAH aku hidup dan berjaya
L - Laluan berliku sekalipun akan ku tempuhi
M - Mati itu pasti dan aku tidak takut akannya
N - Nekad aku dalam berbuat sesuatu yang benar
O - Orang yang berilmu dan bertakwa itu kawanku
P - Pandanglah aku kerana kebaikan bukan kerana keburukan
Q - Quran peganganku sepanjang hayat
R - Rapatkanlah diriku dengan tuhanku
S - Sesalnya diriku jikalau aku lalai
T - Tak mungkin aku kalah
U - Untungnya menjadi diriku sendiri
V - Vaksin segala kesusahan ialah sabar
W - Walaupun aku kecil, aku boleh berjaya
Y - Yang memilih untuk berjaya atau gagal ialah aku
Z - Zahirku sentiasa hebat dan bagus

Pokok pangkalnya binalah akronim untuk diri sendiri dari a,b,c  sebagai motivasi untuk diri anda.
Seperti abc yang anda gemari, letakkanlah adunan yang sesuai dan secukupnya supaya akronim yang dibina sesuai dengan anda.
Sekiranya ada mempunyai minat yang mendalam tentang kejuruteraan letakkanlah perasa kejuruteraan kepada abc anda, dengan sirap, kacang jagung secukupnya. Perumpamaannya seperti itu.
Bukankah menyukai sesuaatu pekerjaan itu menguntungkan kita, dan begitulah dengan menyukai nama kita.
Berbanggalah dengannya. Bukan sahaja sebagai amanah terakhir darpada ibu baa panda untuk memperjuangnnya tapi juga sebagai sesuatu milik anda yang harus pegang dan jaga.

misteri segitiga bermuda

Tidak semua pertanyaan ada jawapannya. Demikian pula dengan sejumlah peristiwa dan fenomena alam di bumi ini. Tidak semua boleh dijelaskan. Bagi anda yang menggemari kisah misteri, sudah pasti Segitiga Bermuda berada di dalam minat anda. Jom baca misteri segitiga bermuda..
Sekitar 1492, ketika dirinya akan mengakhiri perjalanan jauh yang menuju dunia barunya, Amerika Syarikat, Columbus sempat menyaksikan fenomena aneh di Segitiga Bermuda. Di tengah suasana laut yang terasa aneh, jarum kompas di kapalnya berubah berkali-kali. Padahal cuaca pada hari itu sangat baik.
Lebih dari itu, tidak jauh dari kapalnya, pada suatu malam tiba-tiba para anak kapalnya dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjun begitu saja ke dalam laut. Mereka juga menyaksikan lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja.
Begitulah Segitiga Bermuda. Di wilayah ini, indera keenam memang seperti dihantui ‘suasana’ yang tak biasa. Namun begitu rombongan Columbus masih beruntung, kerana mendapat ‘pertunjukkan’. Lain dengan kapal-kapal yang lalu di situ.
Menurut catatan seharian, peristiwa terbesar yang pernah terjadi di wilayah ini adalah lenyapnya sebuah kapal berbendera Inggeris, Atlanta, pada 1880. Tanpa jejak, kapal yang dinaiki tiga ratus kadet dan perwira AL Inggeris itu ghaib di sana. Selain Atlanta, Segitiga Bermuda juga telah menelan ratusan kapal lainnya.
Segitiga Bermuda juga telah membungkam puluhan pesawat yang melintasinya. Peristiwa terbesar yang kemudian dilaporkan sekitar 1990 lalu adalah ghaibnya lima Grumman TBF Avenger AL Amerika Syarikat yang tengah mengawal melintas wilayah laut ini pada siang hari 5 Disember 1945. Setelah sekitar dua jam penerbangan komandan penerbangan melaporkan, bahawa dirinya dan anak buahnya seperti mengalami disorientasi. Beberapa minit kemudian kelima TBF Avenger ini pun ghaib tanpa sempat memberi isyarat SOS.
Anehnya, misteri Avenger tak berakhir di situ saja. Ketika sebuah pesawat SAR jenis Martin PBM-3 Mariner dihantar untuk mencarinya, pesawat amfibia dengan 13 anak kapal ini pun turut lenyap. Hilang bak ditelan udara. Keesokan harinya ketika wilayah- wilayah laut yang diduga menjadi tempat kecelakaan keenam pesawat disapu enam pesawat penyelamat pantai dengan 27 anak kapal, tiada satu pun serpihan pesawat ditemui.
Tahun demi tahun berlalu. Sekitar 1990, tanpa diduga seorang pengkaji berjaya serpihan kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Orang ramai terkejut kerana ketika cantuman dibuat ianya adalah sebahagian daripada bahagian pesawat TBF Avenger.
Banyak teori kemudian dihubung-hubungkan dengan segala kejadian di sana. Ada yang menyebut teori pelangkauan waktu, medan gravitasi terbalik, abrasi atmosfer, dan ada juga teori anomali magnetik-gravitasi. Selain itu ada juga yang mengaitkannya dengan fenomena gempa laut, serangan gelombang tidal, hingga lubang hitam (black-hole) yang hanya terjadi di angkasa luar sana.
Apa pun yang pasti Segitiga Bermuda ini akan tetap terus menjadi misteri…

Misteri yang tidak pasti ?

Segitiga Bermuda (Bermuda Triangle), adalah sebuah wilayah lautan di Samudra Atlantik seluas 1,5 juta mil2 atau 4 juta km2 yang membentuk garis segitiga antara Bermuda, wilayah teritorial Britania Raya sebagai titik di sebelah utara, Puerto Rico, teritorial Amerika Serikat sebagai titik di sebelah selatan dan Miami, negara bagian Florida, Amerika Serikat sebagai titik di sebelah barat. Segitiga bermuda sangat misteri.
Isu- isu paranormal di daerah tersebut sering kedengaran seolah-olah menyatakan alasan dari peristiwa hilangnya kapal yang melintas. Ada pula yang mengatakan bahawa sudah menjadi gejala alam bahawa sesiapa sahaja tidak boleh melintasi wilayah tersebut atau lebih tepat lagi itulah tempat yang tidak boleh dihuni manusia di muka bumi ini. Bahkan ada pula yang mengatakan semua itu ialah akibat dari makhluk luar angkasa atau merupakan pangkalan makhluk asing di bumi ini.

Ada yang mengatakan Segitiga Bermuda disebabkan tempat tersebut merupakan pangkalan UFO iaitu sekelompok mahkluk luar angkasa/alien yang tidak mau diusik oleh manusia, sehingga kenderaan apapun yang melewati teritorial/kawasan tersebut akan terhisap dan diculik. Ada yang mengatakan bahwa penyebabnya adalah sumber magnet terbesar di bumi yang tertanam di bawah Segitiga Bermuda, sehingga logam berton-ton pun dapat tertarik ke dalamnya. Dan ada pula yang mengatakan Segitiga Bermuda merupakan pusat bertemunya antara arus air dingin dengan arus air panas, sehingga akan mengakibatkan pusaran air yang besar/dasyat.

Meskipun beberapa teori dilontarkan, namun tidak ada yang memuaskan sebab munculnya teori tambahan seperti benda asing bersinar yang mengelilingi pesawat sebelum talian perhubungan dengan menara pengawas terputus dan pesawat terus lenyap. Salah satu kisah yang terkenal dan bertahan lama dalam kisah misteri mengenai hilangnya pesawat-pesawat dan kapal-kapal yang melintas di segitiga bermuda adalah Penerbangan 19. Penerbangan 19 merupakan kesatuan angkatan udara dari lima pesawat pengebom angkatan laut Amerika Syarikat.

.
Pesawat-pesawat pada Penerbangan 19 dibuat secara sistematik oleh orang-orang yang pakar dalam bidang penerbangan dan lautan untuk mengahadapi situasi buruk, namun tiba-tiba dengan mudah menghilang setelah mengirimkan laporan mengenai gejala pandangan yang pelik, yang sememangnya dianggap tidak masuk akal. Oleh sebab pesawat-pesawat pada Penerbangan 19 dirancang untuk dapat mengapung di lautan dalam waktu yang lama, pasukan penyelamat dikirimkan untuk menjemput penerbangan tersebut, namun tidak hanya pesawat Penerbangan 19 yang belum dijumpai, pasukan penyelamat juga ikut hilang dan lenyap.

Oleh kerana kemalangan dalam angkatan laut ini sangat misteri, dan tempoh penyiasatannya terlalu lama, kes ini akhirnya ditutup dan, penyebab dan alasannya tidak diketahui. Hinggalah hari ini tiada siapa yang berani menjejakkan kaki ke tempat tersebut dan berdasarkan hujah pakar, “sesiapa yang berani mencuba nasib ke tempat tersebut, ianya samalah seperti membunuh diri”.

Kronologi dari beberapa peristiwa kehilangan kapal yang terkenal:1840: HMS Rosalie
1872: The Mary Celeste, misteri terbesar lenyapnya beberapa kapal
1909: The Spray

1917: SS Timandra

1918: USS Cyclops (AC-4) lenyap di laut berbadai, namun sebelum berangkat menara pen
gawas mengatakan bahwa lautan tenang sekali, tidak mungkin terjadi badai, sangat baik untuk pelayaran
1926: SS Suduffco hilang dalam cuaca buruk
1938: HMS Anglo Australian menghilang. Padahal laporan mengatakan cuaca hari itu sangat tenang

1945: Penerbangan 19 menghilang

1952: Pesawat British York transport lenyap dengan 33 penumpang

1962: US Air Force KB-50, sebuah kapal tanker, lenyap

1970: Kapal barang Perancis, Milton Latrides lenyap; berlayar dari New Orleans menuju Cape Town.

1972: Kapal Jerman, Anita (20.000 ton), menghilang dengan 32 kru

1976: SS Sylvia L. Ossa lenyap dalam laut 140 mil sebelah barat Bermuda.

1978: Douglas DC-3 Argosy Airlines Flight 902, menghilang setelah lepas landas dan kontak radio terputus

1980: SS Poet; berlayar menuju Mesir, lenyap dalam badai

1995: Kapal Jamanic K (dibuat tahun 1943) dilaporkan menghilang setelah melalui Cap Haitien

1997: Para pelayar menghilang dari kapal pesiar Jerman

1999: Freighter Genesis hilang setelah berlayar dari Port of Spain menuju St Vincent.

Misteri segitiga bermuda menurut pandangan lain

Ada hadis yg diriwayatkan Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda “Apabila salah seorang berada ditempat yg terbuka atau ditengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yang meneduhinya bergerau sehingga sebagian dari dirinya terletak ditempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu”
Dikatakan larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh Syaitan. Jadi apa kaitannya dengan bermuda??? Alasannya kerana bermuda terletak di perairan atlantik di pertengahan antara benua Amerika bagian utara dan Afrika. Secara mudah lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus panas dari afrika dan sejuk dari Amerika Utara.
Dengan hadis ini maka terjawablah misteri segitiga bermuda. Perkara2 pelik yang terjadi itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan sejuk dan istana Syaitan yang mungkin tersembunyi disitu.
Ada sebuah buku yang berjudul “Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segitiga bermuda” Karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir,bahawa kawasan bermuda adalah kawasan Jin dimana dari situlah akan muncul Dajjal.
Jika benar dakwaan buku itu, tidak aneh lagi apa yang di Sabdakan Oleh Nabi SAW itu nyata adanya dan bahkan mendahului zaman sekaligus Nabi SAW membuktikan bahawa islam memiliki semua jawaban untuk semua pertanyaan.
Menurut Syaikh Imam M. Ma’rifatullah Al-arsy, segitiga bermuda merupan tempat titik terujung di dunia ini. Ditengah kawasan itu terdapat sebuah telaga yang airnya dapat membuat siapa saja yg meminumnya menjadi panjang umur, ditempat itu pula Nabiyullah Khidzir A.S bertahta sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut.Syaikh imam M. M berkata kalau penyelamat akhir Zaman Imam Mahdi akan keluar dari Ghaibnya melalui tempat tersebut dengan menggukan jubah suci berwarna kebiruan.
Lalu apa penyebab hilangnya berbagai macam kapal ditempat itu???
Menurut Syaikh Imam M lagi, para iblis dan Syaitan tersebut yang tak boleh mendekati pusat kawasan agung itu,maka mereka pun berjaga disekelilingnya dan bertujuan untuk menghalangi setiap manusia yang mencoba untuk memasuki kawasan agung itu(segitiga bermuda).Kerana diketahui kebenaran alam yang sesungguhnya. Banyak orang2 zaman dahulu yang telah mencuba kepusat Segitiga bermuda dan kebanyakan dari mereka enggan untuk kembali pulang kedunianya.
Menurut sebuah artikel kuno, Raja Iskandar Agung pernah mencuba masuk ke kawasan itu.Dan sekembalinya mereka mengatakan bahwa tempat itu berpasirkan permata dan berbatukan berlian.Tempat yang dipenuhi dengan kabut putih tebal itu sangat indah untuk dipandang tapi sangat berbahaya untuk di datangi.
p/s : ya Allahu’alam… Semua kembali kepada pencipta Alam Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT lah yang paling tahu apa sebenarnya segitiga bermuda itu.

Wednesday, 6 July 2011

shooTiNg,,,,,,,,sHooTing

siapa kt dunia lakonan dan perfileman ini suatu benda yg mudah?? who say??
so..kt sini aku nk cite skit tntg perjalanan aku spjg berpraktikal di WAYANG STUDIO INTERNATIONAL, shah alam..
banyak benda aku blaja kt wsi ini spjg 2 bulan berpraktikal..Credit la tuk usm cz antar aku praktikal kt cni..realy2 like it la..
Sdar x sdar..hanyaa tinggal xsmpi lg seminggu utk aku abh berpraktikal..sedih ada jgk tp ape pon aku nk blik umah aku jgk nun d utara...rindu kt mak ayah n adik2..
lapo buah deyan,rhambutan,maggih,langsat smuala..
berbalik kpd praktikal..
aku mula2 kn wt karier plan..
mknanya ktorg kn wt satu power point tntg perjalanan ktorg dlm bidang filem ni..
n then aku n my frens kn bg ape2 je portfolio yg pnh ada..so aku bg la 1 karya skrip aku ngn kengkawan aku..138 ms...skrip gitu..bkn treatment or skrip...hehee
BAYANG DALAM CAHAYA
ITUlah tajuknya...n mmg d terima la tuk d jdkn cerekarama..
n then tiap2 minggu ktorg kn bg content idea..so antara tajuk2 cite aku dh wt..aku list kn...tgk la.
*valentine disoder tp yg akhir tjuknye jd my bervday..oh my bad
*baju melayu hijau serindit
*siapa kau
*k.l resque Wiz Ika NURIKA
generalnye ada setengah aku amik kt novel..hehehe
x dinafikan bkn mudah kt nk menghasilkan 1 karya yg mmg dpt memuaskn ht penonton
ye la kn..selera bknnya sm..
xkn la smua cte nk wt cte hantu kot kn..
tp yg bestnya..ada jgk la skrip aku d terima..hehehe
ok..skg cite bab SHOOTING plak..
first shooting aku...
utk TVC..
* IKLAn Gocell gogeous
pelakonnya jehan miskin n eja...
n then 
*sarang burung walid
pelakonnya shamsul ghau ghau n ceo nya
pastu yg last ni
*catella
pelakonnya osman kering, farah(ratu) n bdk2 showdown
di samping km dak2 praktikal jd extra..hehehe
 Kt cni mcm2 gelagat kt dpt tgk tw...
semua yg kt xth tntg dunia perfileman ni kt akan th..
seriously, aku bangga siot dpt berpraktikal di sini walaupon xde elaun..
smuanya kutip dr mak mak bapak aku..
siyes malu aku..
bykla kenangan aku n kengkawan aku kt cni spjg berpraktikal..
hope lps ni ley la aplikasi time kt u nnt..
terutamanya cara wt storyboard..hehehe..best tu...
ok...tu je la utk seminggu terakhir aku kt wsi ini..LOVE IT








































   
 
KHAS BUAT MY TERSAYANG : FAIZAN AHMAD
 
 
Lirik Lagu Warna Kehidupan – Yusry


Merah menyala oh jantungku berdegup pantas keranamu
Haru biru fikiranku bila kau pergi jauh
Kehadiranmu mewarna kehidupanku

Putih sucinya perasaan jiwa untuk dikongsikan
Sejingga api membara…sehangat itulah cinta
Kehadiranmu mewarna kehidupanku

Sesaat berjauhan rasa tidak keruan
Hilang arah gundah…tanpa khabar ku resah
Hitam gelita pandangan…rindu makin dirasakan
Hanya satu ku mahu
Berdamping denganmu disisi selalu

Secerah kilau kuning suria…sinar menyelinap kalbu
Sesegar hijau dedaun…senyummu menawar pilu
Kehadiranmu mewarna kehidupanku

Walau seikhlas lafazku kasih
Luahan hati masih tak setanding bahasa
Demi cinta pastiku sedaya mencurah yang termampu
Tahtamu mampan dijiwaku

Sesaat berjauhan rasa tidak keruan
Hilang arah ku gundah….tanpa khabar ku resah
Hitam gelita pandangan….rindu makin dirasakan
Hanya satu ku mahu
Berdamping denganmu disisi selalu